“Siapa Sangka Pada Hari Raya Ketiga Masih Ada Insan Yang Hanya Menikmati Apollo Dan Tiada Beras?”


Kelmarin seorang pengguna Facebook. Syafiq Rasidi menceritakan peristiwa sedih apabila terserempak dengan seorang warga emas menjelang waktu Maghrib.

Menurut Syafiq, warga emas berkenaan datang ke sebuah kedai runcit dan menanyakan harga tiga plastik Apollo dalam nada kebimbangan seolah-olah tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan ringan tersebut. Melihatkan warga emas berkenaan yang kelihatan risau, Syafiq dengan tidak teragak-agak meminta wanita berkenaan untuk mengambil barangan makanan yang lain.

” Makcik nak apa apa lagi, ambillah, tak payah tanya harga, saya bayar”  “Kalau boleh makcik nak beras”balas warga emas berkenaan Tersentap jiwa. Dalam hati sah Apollo ini dia beli utk dia bertahan perut makan malam. “Takpe makcik, ambillah yang mana makcik nak, gula dan minyak dah ada? “ Lalu makcik ni berjalan mengambil gula dan minyak.

Di saat orang ramai sedang menikmati juadah sate, laksa dan pelbagai juadah enak hari Raya yang lain, masih ada insan yang memerlukan. Pihak kebajikan sepatutnya lebih prihatin terhadap insan yang memerlukan dan memudahkan urusan mereka. Semoga warga emas ini selamat di bawah lindunganNya. Amin.

Sumber : Syafiq Rasidi, Kisah Dunia



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2sXDQ48

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Siapa Sangka Pada Hari Raya Ketiga Masih Ada Insan Yang Hanya Menikmati Apollo Dan Tiada Beras?”"

Post a Comment