Ketupat Segera/Plastik Didakwa Mendatangkan Risiko Kanser, Ini Jawapan Dari KKM Yang Pasti Mengejutkan


Gambar Hiasan

Kita pernah digemparkan dengan berita bahawa ketupat segera boleh mendatang risiko kanser kepada pengguna. Hal ini sudah pasti mengejutkan orang ramai kerana di zaman serba serbi mudah ini ramai yang gemar menggunakan ketupat segera bagi menyediakan juadah di hari raya.

Berikut adalah laporan yang disediakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang :-

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan bahawa ketupat segera yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya Aidilfitri boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser lapor Utusan Malaysia.
CAP mendakwa, beg plastik yang memiliki bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk ketupat segera itu direbus selama sejam merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kajian oleh Institut Sains dan Teknologi Bahan Princeton di Amerika Syarikat pada Ogos lalu mendapati VOC daripada paip HDPE merembes ke dalam alam sekitar dan mencemarkan sumber air.

Ketupat Segera/Plastik Didakwa Mendatangkan Risiko Kanser, Ini Jawapan Dari KKM Yang Pasti Mengejutkan
Gambar Hiasan

“Bagi ketupat dalam plastik, jumlah yang dirembeskan lebih banyak kerana ia dibiarkan terendam dalam air mendidih selama sejam dan secara langsung VOC telah terserap masuk ke dalam nasi.
“Sehubungan itu, CAP mendesak Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan HDPE sebagai pembungkus makanan kerana Peraturan Makanan 1985 membenarkan penggunaan bahan itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat CAP di sini hari ini. Hadir sama ialah pegawai penyelidik pertubuhan itu, Hatijah Hashim.
Ketupat segera kini menjadi pilihan sebahagian besar rakyat negara ini kerana ia mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk memasak berbanding ketupat tradisional.
Terdapat beberapa jenama bahan makanan itu di pasaran dan permintaannya bertambah setiap kali menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Mohamed Idris menjelaskan, VOC sebenarnya adalah bahan beracun yang dikenal pasti sebagai sebatian yang mengganggu hormon, penyebab kanser dan bahan kimia endoktrin yang berupaya merendahkan jumlah sperma hingga ke tahap kemandulan.

Katanya, kehadiran VOC juga dikaitkan dengan peningkatan risiko asma di kalangan kanak- kanak dan pesakit kanser payu dara.
Jelasnya, pendedahan kepada kepekatan yang rendah sekali pun bahagian persejuta (bps), VOC diketahui meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar.
“Penggunaan bahan-bahan HDPE ketika ini tidak terbatas kepada ketupat segera sahaja tetapi digunakan oleh penjaja untuk mengisi makanan dan minuman panas secara meluas,”ujarnya.
===========================================================================

Namun begitu dipetik daripada laporan akhbar Utusan Malaysia, perkara ini telah dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KKM dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah memastikan bahawa bahan yang digunakan dalam plastik ketupat  segera tidak mendatangkan risiko kanser.

Inilah hujah-hujah hasil penyelidikan KKM bersama UM bagi membuktikan ketupat segera tidak mendatangkan risiko kanser kepada pengguna :-

KETUPAT SEGERA DALAM PLASTIK TIDAK BERBAHAYA

MERUJUK kenyataan akhbar bertarikh 2 November 2006 mengenai Ketupat segera dalam plastik boleh akibat kanser, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyatakan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem endokrin dan kesan karsinogenik. Plastik ketupat yang mengandungi bahan HDPE adalah jenis gred makanan yang tahan kepada haba sehingga 120oC dan tidak mudah merembes (leaching) keluar.

Kajian yang dilakukan oleh Institut Sains dan Teknologi Industri Pembuatan di Princeton, Amerika Syarikat yang dibangkitkan oleh Pengerusi CAP adalah kajian terhadap plastik HDPE saluran paip, dan ia tidak boleh disamakan dengan penggunaan plastik ketupat atau plastik pembungkus makanan.

Organik mudah meruap (VOC) dari plastik adalah tidak stabil dan mudah meruap pada suhu yang tinggi, oleh itu ia tidak menjadi isu keselamatan kerana sifat ini di dalam masalah plastik ketupat.

Salah satu bahan yang digunakan untuk membuat plastik termasuk yang digunakan untuk membuat bekas atau pembungkus plastik adalah Bisphenol A. Bahan ini dilaporkan boleh mengganggu sistem endokrin pada tahap yang agak tinggi.

Melalui kajian penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), kelunturan Bisphenol A dari plastik ketupat adalah di bawah paras bahaya dan tidak memudaratkan kesihatan manusia.

Untuk makluman pengguna, terdapat 2 bahan dalam plastik yang boleh menyebabkan gangguan sistem endokrin iaitu Diethyexyl phthalate (DEHP) dan Diisononylphthalate (DINP). Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dengan Kerjasama Universiti Malaya (UM) pada 2002, mendapati plastik ketupat mengandungi kedua-dua bahan ini pada paras yang amat rendah dan dengan itu tidak memudaratkan kesihatan kepada pengguna.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna supaya tidak perlu khuatir dan bimbang mengenai isu penggunaan plastik sebagai sarung ketupat.

� BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,

Kementerian Kesihatan

Malaysia.

Artikel Penuh: http://ift.tt/1z6l63W
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rujukan 1: Pen Merah Press
Rujukan 2: Utusan Malaysia



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2uh2JNl

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketupat Segera/Plastik Didakwa Mendatangkan Risiko Kanser, Ini Jawapan Dari KKM Yang Pasti Mengejutkan"

Post a Comment