AKHIRNYA AIR MATANYA MENITIS JUGA..BILA DI TEGUR PAKCIK BERBAJU LUSUH, NAIK MOTOR KAPCAI DAN HELMET BURUK DI QUILL MALL KL

Nampaknya kesan kenaikan harga minyak masak kali ini begitu dirasai oleh ramai orang terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan berkeluarga, mereka rata-rata meluahkan rasa terbeban ini.

Bayangkan ada minyak yang naik mendadak dan yang paling memeritkan minyak tidak ada di rak-rak jualan, jika ada ianya dicatu, hanya 2 botol atau pek sahaja dijual untuk satu keluarga.

Bayangkan kita sebagai negara terbesar pembekal minyak sawit dunia menghadapi krisis ini gara-gara pemansuhan subsidi yang dilakukan.

Terbaca satu kisah hari ini kisah seorang lelaki bernama Mohd Shahrul yang telah ditegur oleh seorang pak cik, pak cik berkenaan bertanyakan adakah dia boleh masuk ke dalam sebuah pusat membeli belah yang mewah dengan pakaian lusuh yang dipakainya di mana dia mahu membeli minyak masak yang dikatakan masih dijual dengan harga lama di sana.

Semalam saya pergi ke Quill City Mall. Ada urusan nak bagi hadiah pada kawan. Lepas parking motor kat depan entrance, saya pun dengan senang hati ingin melangkah masuk ke dalam shopping mall yang gilang gemilang ni.

Tetiba saya di sapa oleh seorang pakcik. Sekitar usia 50 an. Dari raut wajahnya, beliau terlihat gusar. Dengan pakaian baju melayu yang lusuh, motor kapcai suzuki yang sudah lama, serta helmet yang buruk, beliau bertanya kepada saya.

“assalamualaikum.. adik, kat dalam ni ada jual minyak masak ke? Boleh ke pakcik masuk ke dalam… Pakai macam ni.. Pakcik nak beli minyak masak.. Ada kawan pakcik cakap kat sini ada jual lagi minyak masak yang belum naik harga…”, beliau bertanya kepada saya dengan wajah yang masih gusar.

“waalaikumussalam. Saya tak pasti pakcik. Tapi, kita boleh try tengok.pakcik parking motor kat bawah tu, belakang motor saya. Saya bawa pakcik masuk dalam..

” Masuk ke dalam, terus sembang dengan pakcik tu. Beliau kerja sebagai jaga. Anak 6 orang. Masih sekolah semuanya. Tinggal di Setapak.

Saya tunjukkan pakcik tu supermarket di tingkat bawah.

Alhamdulillah. Memang ada stok minyak di jual pada harga sebelum kenaikan harga. Tapi, seorang cuma boleh beli 2 botol.

Pakcik tu pun mengambil 2 botol, dan saya juga mengambil 2 botol untuk beliau. Di kaunter bayaran, pakcik tersebut berkeras untuk tidak menerima bayaran dari saya. Namun, akhirnya akur setelah saya cakap bahawa hari ni ada bahagian rezeki saya untuk beliau.

Sepanjang berjalan ke pintu keluar, beliau cuma berdiam diri sambil melihat sekitar quill shopping mall.

Keluar di pintu utama, dengan mata yang berkaca-kaca, beliau nyatakan rasa terima kasih yang tak terhingga.

“terima kasih dik.. 4 botol minyak masak ni.. banyak adik bantu pakcik…”.

Saya cuma terdiam kerna merasakan pemberian saya tiada apa-apa. Cuma meminta beliau mendoakan untuk saya dan keluarga.

Setelah bersalaman, sahabat saya pun call. Dan, pakcik tersebut meminta izin untuk berlalu pergi…

Malam itu saya berfikir dalam. Di luar sana, sangat ramai orang yang hidup seperti pakcik tadi. Hidup dalam kesusahan.

Berkira-kira duit untuk di belanja setiap hari. Mungkin, ini kali pertama beliau masuk shopping mall seperti ini.

Sumber : rilekdulu

Semoga Allah mengganjari rezeki yang melimpah ruah kepada pakcik tadi, dan membantu semua yang dalam kesempitan dan kesusahan.



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2uQvtt7

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AKHIRNYA AIR MATANYA MENITIS JUGA..BILA DI TEGUR PAKCIK BERBAJU LUSUH, NAIK MOTOR KAPCAI DAN HELMET BURUK DI QUILL MALL KL"

Post a Comment