Identiti Misteri ‘Gergasi Laut’ Di Pantai Terjawab, Rupa-Rupanya…

Rupa-Rupanya…

Orang ramai berpusu-pusu ke Pantai Muriwai di Auckland, New Zealand pada hari Isnin lalu untuk melihat haiwan pelik yang mereka dakwa sebagai “gergasi laut” atau “makhluk asing”.

“Ini adalah yang terbesar yang saya lihat. Ia mempunyai bau yang busuk apabila anda berada di bawah angin dan jika dlihat dengan teliti, ia kelihatan seperti cacing yang bergerak,” kata salah seorang pengunjung.

Persatuan Sains Marine menyatakan adalah ‘hampir pasti dari imej tersebut’ bahawa ia adalah sekeping kayu hanyut yang dilitupi oleh gooseneck teritip.

Menurut pakar, objek pelik yang menarik minat warga internet yang viral beberapa hari lalu adalah sejenis kayu yang dipenuhi oleh haiwan yang dikenali sebagai Gooseneck teritip.

Gooseneck teritip adalah hidupan yang hidup melekat pada permukaan keras batu atau kayu hanyut.

Di Portugal dan Sepanyol, haiwan ini menjadi makanan yang terkenal dan istimewa dikenali sebagai percebes.

Laman web memasak Lisbon mempunyai beberapa resipi teritip gooseneck dan menggambarkan bahawa haiwan ini lebih lembut daripada sotong dan lebih keras daripada ketam.



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2tWBjuO

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Identiti Misteri ‘Gergasi Laut’ Di Pantai Terjawab, Rupa-Rupanya…"

Post a Comment