Bintang Filem Tranformers Ini Dukung Lelaki Dewasa di Sangka Kanak2. Lihat Apa Yang di Lakukan oleh ‘Kanak2’ Ini Berada Dukungan Beliau.


MICHELLE MONE menerima sejambak bunga daripada seorang lelaki berusia 46 tahun yang disangkanya kanak-kanak. (Gambar kecil) Mone mendukung ‘kanak-kanak’ terbabit sambil bergambar selfie dengannya. AGENSI

HANOI 8 Mei – Hartawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone berkongsi detik-detik memalukan apabila mendukung ‘lelaki comel’ berusia 46 tahun yang disangkanya seorang kanak-kanak.

Kejadian itu berlaku ketika Mone sedang menyampaikan ceramah dalam satu persidangan usahawan yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di Vietnam.

Portal Dailymail.co.uk melaporkan, secara tiba-tiba, lelaki yang disangkanya kanak-kanak berusia enam tahun itu menaiki pentas dengan membawa sejambak bunga.

Bagi menunjukkan kemesraannya, Mone, wanita kelahiran Scotland yang juga pengasas rangkaian pakaian dalam Ultimo, mendukung ‘kanak-kanak’ itu dan mengambil bergambar selfie dengannya.

Mone yang digelar ‘Baroness Mone of Mayfair’ hanya menyedari perkara itu selepas isteri kepada lelaki tersebut yang duduk di barisan depan secara tiba-tiba menjerit: “Letakkan lelaki itu. Saya isteri-nya.”

“Ketika saya mendukung ‘kanak-kanak’ itu, saya berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Giginya nampak kekuningan seperti gigi seorang perokok,” kata Mone.

Hartawan terbabit turut mendedahkan isteri kepada lelaki itu telah menemuinya dan mengajukan soalan seakan-akan menyindir sama ada perbuatan mendukung suami orang merupakan tradisi masyarakat Britain.

Mone memuat naik gambar berserta status dalam laman Twitternya : “Saya menyangka dia ialah kanak-kanak berusia enam tahun dan mendukungnya. Rupa-rupanya dia ialah seorang lelaki dewasa.”

Video selanjutnya di SINI



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2vaSkPB

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bintang Filem Tranformers Ini Dukung Lelaki Dewasa di Sangka Kanak2. Lihat Apa Yang di Lakukan oleh ‘Kanak2’ Ini Berada Dukungan Beliau."

Post a Comment