Syarat Mengadakan Majlis Tahlil Supaya Tidak Bercanggah Dalam Islam


Acara tahlil sering dilakukan oleh sebahagian umat Islam di Malaysia, mungkin juga di Indonesia untuk mendoakan orang yang telah meninggal dunia. Biasanya ia dilakukan pada hari pertama kematian hingga hari ketujuh.

Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha si mati, ramai orang mengganggap bahawa amalan tersebut tidak sampai atau tidak diterima oleh Allah dengan alasan Rasulullah S.A.W tidak pernah mensyariatkan umatnya untuk menghadiahkan bacaan al-Quran kepada orang yang telah mati.

Dalam satu sesi soal jawab dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus, seorang pendengar bertanyakan tentang dalil kepada tahlil arwah yang diamalkan oleh masyarakat melayu.

Jawab Ustaz Azhar Idrus, tahlil tidak ada dalam hadis atau ayat al-Quran, tidak ada nas yang menetapkan bacaan tahlil. Kerana itulah hukum tahlil itu adalah tidak wajib.

“Amalan tahlil adalah amalan khilafiah, jadi tidak perlu berbalah. Bila mati seseorang, ada amalan yang berlaku khilaf tentang sunatnya, ada amalan yang berlaku ijmak tentang kita buat.

“Antara amalan yang ijmak adalah kita mendoakan kepada si mayat, kita minta ampun dan beristighfar untuk si mayat, kita bersedekah untuk si mayat, adapun amalan tahlil adalah amalan khilafiah, berlaku perbezaan pendapat, ada syarat mahu buat.

“Syarat pertama ialah, jangan iktikod (percaya) tahlil ini wajib. Kedua, apabila buat tahlil, jangan tetap (perlu) tempoh atau masa yang khusus. Ketiga, niat ingin berdoa kepada mayat supaya diringankan (azab). Keempat, jangan gunakan harta anak yatim. Bagi yang mahu pergi tahlil pula mesti ikhlas. Jangan niat hanya mahu makan sahaja.

“Banyak benda yang tidak betul sedangkan tahlil itu amalan yang bagus, duduk berkumpul, kemudian menyebut zikir-zikir dan bersama-sama berdoa kepada mayat, tapi lama kelamaan menjadi adat yang tidak baik kerana menyusahkan orang rumah si mati sedangkan ia perkara tidak wajib.

“Bagi yang berduit tidak mengapa, tapi bagaimana dengan orang rumah yang tidak berduit? Jadi menyusahkan orang (ahli keluarga si mati).

“Tidak semestinya si mati meninggal pada siang hari, pada malam hari terus dibuat tahlil. Kata ulamak, tahlil boleh dibuat pada bila-bila masa.”
Dari sedikit huraian di atas, boleh disimpulkan bahawa dibolehkan untuk membuat tahlil, Yasin, atau doa apa saja bagi orang yang sudah meninggal dunia. Amalan-amalan tersebut telah menjadi adat yang baik diikuti sejak sekian lamanya. Doanya tidak wajib sama, asalkan asasnya sama.

Kerana ianya hanyalah anjuran, maka tidak melakukan tahlil atau Yasin tidak bermakna mendapat berdosa. Tapi bertahlil dan membaca Yasin untuk si mayat tentu lebih baik.

Selain itu niatkanlah baaan untuk mendoakan para ibu bapa kita. Kerana dulu mereka telah merawat, membesarkan, dan mendidik kita. Kini, setelah mereka meninggal dunia, sudah selayaknya kita mendoakan mereka.



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2trPCaj

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syarat Mengadakan Majlis Tahlil Supaya Tidak Bercanggah Dalam Islam"

Post a Comment