“Letih mungkin kerana anak-anak masih menyusu badan dan stress”

rohana-01
Bagi yang mengikuti kisah menyayat hati kematian seorang wanita yang baru bersalin dalam keadaan di mana kedua-dua anaknya berada di sisinya, pasti rasa terkesan dan sedih dengan nasib arwah dan anak-anaknya.

Pada hari kejadian, suami arwah yang bekerja sebagai pemandu lori keluar dari rumah mereka pada 6.30 pagi. Ketika itu isterinya sedang nyenyak tidur. Namun apabila pulang ke rumah, dia mendapati isterinya kaku di atas katil dan kedua-dua anaknya pula berada di kiri dan kanan jenazah dalam keadaan terjaga.

Bayi yang masing-masing berusia 19 bulan dan sebulan itu sudah tentu tidak mengetahui apa-apa saat ibu mereka tidak sedarkan diri.

Bertambah sayu apabila anak-anak arwah dikatakan menangis saat ditemui ayah mereka. Dalam keadaan gelap, si abang pula yang kelaparan dikatakan sedang menyusu di badan ibunya.

Selepas bedah siasat dijalankan, punca kematiannya adalah disebabkan oleh paru-paru berair dan masalah jantung. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said mengesahkan kejadian itu.

Perkongsian dari kenalan terdekat pula mendakwa arwah tidak mempunyai kedua-dua penyakit itu dan mengatakan arwah mungkin mengalami keletihan. Namun, apapun keadaan yang dialami arwah, semuanya adalah ketentuan takdir. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. – Al Fatihah.
Screen%2BShot%2B2017-07-06%2Bat%2B6.56.33%2BPM
Screen%2BShot%2B2017-07-06%2Bat%2B6.56.49%2BPM
Screen%2BShot%2B2017-07-06%2Bat%2B6.57.17%2BPM
 
Screen%2BShot%2B2017-07-06%2Bat%2B6.57.31%2BPM



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2svVbSa

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Letih mungkin kerana anak-anak masih menyusu badan dan stress”"

Post a Comment