Cinta 5 Tahun Tapi Kahwin Hanya Mampu Bertahan Setahun. Punca Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Buat Ramai GERAM !!!

 

Gambar Sekadar Hiasan

Mohon sembunyikan identiti saya. Saya cuma nak kongsi cerita saya hanya sebagai pengajaran kepada yang lain di luar sana.

Saya bercinta dengan isteri selama 5 tahun dan kami hanya mendirikan rumah tangga hanya 1 tahun, dan saya buat keputusan untuk ceraikan dia. Saya rasa saya tidak salah kerana selama saya hidup bersama dia, saya tidak bahagia. Memang waktu bercinta kami bahagia tetapi selepas berkahwin kami tidak lagi bahagia kerana isteri tidak pandai menjaga diri sehingga beratnya naik mendadak tapi tidak sampai tahap obesiti lagi.

Saya cuba tegur dan nasihatkan dia, dan dia pun usaha untu kuruskan badan tetapi berat badannya hanya turun 1KG hingga 2KG dan selepas itu naik mendadak pula. Kawasan miss V dan paha dia gelap sangat dan berbau. Saya sudah tidak tahan lagi.

Dia seorang yang bekerjaya dan gajinya lebih tinggi daripada saya. Memang dari sudut seorang isteri dia memang baik walaupun kerja hebat, dia tidak pernah memandang rendah kepada saya. Tetapi, saya sudah tiada selera ketika ‘bersama’ dengan dia.

Saya mengaku, saya memang ada ‘makan luar’ sebab tiada kepuasan bila ‘bersama’. Kami belum dikurniakan zuriat. Kini saya memang betul-betul sudah rasa bosan dengan dia dan sekarang saya sudah ada seseorang yang betul-betul buat saya bahagia.

Kerana tidak mahu isteri menderita, saya ceraikan dia dan saya harap semua doakan semoga dia dapat seseorang yang betul-betul menyayangi dia. Saya rasakan tindakan saya ini betul, kerana kalau kita dah tak sayangkan seseorang baiklah kita lepaskannya mungkin ada seseorang yang boleh menerima kekuranganya nanti.

Mohon doakan dia dan kebahagiaan saya dengan bakal isteri baru. Mohon jangan kecam saya. Saya hanya kongsi kalau nak kahwin kena fikir betul-betul kerana benda macam ini di luar dugaan kita dan saya tiada niat untuk mainkan perkahwinan ini.

Sumber : KRT



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2uL5IKO

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cinta 5 Tahun Tapi Kahwin Hanya Mampu Bertahan Setahun. Punca Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Buat Ramai GERAM !!!"

Post a Comment