‘3 Mei, Genap Setahun Awak Pergi….’

“Abang, saya cuma nak jadi satu-satunya perempuan yang abang ingat,”

Saya ingat lagi masa mula-mula kita berkenalan dulu. Saya baru saja menghabiskan master, tengah mengusung sijil ke hulu ke hilir meminta kerja. Dan masa itu saya tengah kecewa dengan ex awak ada bantu saya dari saya belajar sampai saya habiskan master saya.

Saya perasan awak tak pernah merungut walaupun saya susah. Tak pernah tarik muka walaupun saya bawa awak pergi makan di warung-warung dan kadang-kadang awak yang tolong bayarkan.

Selama 3 tahun kita berkahwin, sekalipun saya tidak pernah melayan awak sebagai isteri. Saya ingat lagi, betapa sabarnya awak sebelum kita kahwin dulu. Berapa banyak kali saya telah melukakan hati awak. Kantoi ada perempuan lain sana sini. Tetapi, awak masih tetap bersabar dengan saya.

Sejujurnya, dulu semasa kita kahwin, saya berkahwin dengan awak sebab saya rasa kasihan. Saya rasa awak memang perempuan yang bersungguh-sungguh dengan saya. Saya terluka setiap kali ingat semula tentang kita. Cincin tunang dan kahwin kita, awak beli sendiri.

Saya teringat betapa terujanya awak yang kita akan berkahwin. Awak sibuk memilih baju, pilih hantaran yang awak suka. Tetapi saya sepatah pun tak menunjuk sebarang minat.

Saya tahu awak terasa hati tetapi entahlah, mungkin kerana saya terlalu ego. Saya biarkan. Saya ingat lagi dua hari sebelum kita berkahwin, awak tanya,

“Betul ke abang pilih saya sebagai isteri abang?”

Saya cuma mampu seen sahaja mesej yang awak hantar melalui WhatsApp sebab saya tiada jawapan untuk soalan itu. Walaupun saya bersikap acuh tak acuh, tak bersungguh-sungguh dan stabil, awak tetap mahu berkahwin dengan saya.

3 tahun kita berkahwin, kita masih belum dikurniakan anak. Saya nampak kadang-kadang bila awak scroll Instagram, Facebook kawan-kawan awak yang bahagia dengan kehidupan mereka suami dan anak mereka, awak jadi sedih. Sedih bukan sebab awak tak ada anak, tetapi sedih sebab saya gagal kan? Gagal menjadi suami yang baik untuk awak.

Saya tahu awak kecewa sebab saya selalu mengabaikan awak, tak pernah tunjuk minat untuk ada anak, tak pernah cuba memahami awak. Maafkan saya sebab saya tipu perasaan saya sendiri semasa kita kahwin dulu. Saya tak cintakan awak tetapi saya tak mampu mengundurkan diri.

Walaupun 3 tahun sudah berlalu, tetapi hati saya masih belum terbuka untuk menerima awak sepenuhnya. Dan saya diuji bila bekas kekasih saya muncul semula dalam kehidupan ini. Lagi sekali saya abaikan dan tidak lama selepas itu, mungkin tuhan mahu menunjukkan kepada awak betapa tak gunanya saya sebagai suami, awak terbaca semua WhatsApp saya dengan dia.

Ya, saya tahu awak terluka dan banyak-banyak hari yang saya lukakan awak, hari itu awak paling terluka. Awak tunjuk WhatsApp itu pada saya dengan air mata awak yang mengalir. Masa itu saya betul-betul tak tahu nak buat apa.

Saya dengar awak tersedu-sedu menahan tangis di dalam bilik kita. Egonya saya. Saya langsung tak cuba untuk memujuk awak. Saya hilangkan diri berhari-hari dengan alasan out station dan saya terima sms dari awak.

“Abang, baliklah. Saya janji saya akan lupakan apa yang saya baca dan buat-buat seperti perkara ini tidak pernah terjadi,”.

Saya diamkan diri tak balas apa-apa. Awak hantar lagi mesej yang kedua.

“Abang, saya dah mengandung. Abang baliklah. Saya akan masak makanan kegemaran abang,” ringkas. 

Saya balik dan cuba untuk menyayangi awak, memandang awak pun sudah mengandung. Lagi sekali saya melukakan awak. Saya tidak pernah temankan awak bila awak berjumpa dengan doktor. Saya tidak pernah bangun bila awak muntah-muntah. Saya berpura-pura tidur bila awak cramp dan tidak pernah tanya awak mengidam atau sakit apa.

Entah, mungkin awak tahu siapa saya dan kenal siapa saya. Awak diamkan dan tidak pernah merungut sepanjang 9 bulan awak mengandung. Awak tetap bangun pagi dan masak untuk saya, siapkan pakaian dan jaga makan minum saya.

Saya pernah tinggikan suara pada awak sebab awak demam dan mungkin betul awak tak larat pada masa itu. Saya marah dan minta awak jangan mengada-ngada. Sedangkan itu kali pertama awak mengandung dan mengadu sakit serta meminta saya membawa awak pergi ke hospital. Sedangkan selama ini kalau awak demam sakit atau apa-apa, awak akan berselubung tahan sakit sampai tertidur.

Hari ini baru saya sedar, betapa kejamnya saya pada awak. Disebabkan keegoan saya itu, saya tidak pernah cuba mencari peluang untuk luangkan masa dengan awak. Alasannya, sebab saya sibuk. Bila awak sms atau WhatsApp cerita itu ini, saya seen. Last status awak update di WeChat, “Jangan benci sesuatu perkara, kelak perkara yang kau benci akan menjadi perkara yang paling kau rindu,”.

Saya tak sangka itu moment terakhir awak. Awak hembuskan nafas terakhir pada hari Ahad 3 Mei 2015 dan hari ini genap setahun pemergian awak. Saya tak tahu kesakitan apa yang awak tanggung semasa mahu melahirkan anak kita.

Maafkan saya, masa awak lahirkan anak kita pun saya tetap tiada di sisi awak. Saya terfikir kesakitan dan ketakutan apa yang awak lalui masa itu bersendirian. Sedangkan orang lain ada suami di sisi. Maafkan saya sebab saya tidak pernah tunjuk kasih sayang pada awak dan anak kita. Saya tidak pernah mengambil tahu tentang awak dan anak kita.

Hari awak tinggalkan saya, saya mula sedar yang saya jatuh cinta pada awak dan mula sayangkan anak kita. Saya cuma sempat bisikkan pada awak,
 
“Terima kasih sebab lahirkan anak kita,”

Tetapi saya nampak awak dah tak bergerak, dah tak ada lagi wife yang senyum, pegang dan cium tangan saya. Tuhan saja yang tahu betapa saya menyesal pada masa itu.

Saya kucup dahi awak lama-lama dan masa itu saya mula berharap agar saya dapat mencium awak lagi macam mana saya cium awam hari itu. Dan sekarang saya faham rasa bila kita mencintai orang yang tak akan ada untuk kita. – KRT | PIXEL MEDIA



from BERITA KABAR INDONESIA http://ift.tt/2ssljNz

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘3 Mei, Genap Setahun Awak Pergi….’"

Post a Comment